Pengenalan

Posted Posted by admin in Comments 0 ulasan

PENGENALAN

Pertubuhan Al Kuliah Imam Haji Jaafar Pontian (PAIHJP) adalah sebuah pertubuhan berdaftar dengan Pendaftar Perubuhan Malaysia pada 8hb Julai 2011 (No Pendaftaran : 3198-11-JHR) berlamat di No 66, Lorong Haji Alias, Jalan Mohamad Salleh , 82000 Pontian, Johor Darul Ta'zim.


TUJUAN

Tujuan Pertubuhan Al Kuliah Imam Haji Jaafar Pontian Johor (PAIHJPJ) adalah untuk mencontohi langkah bagi mengembangluas dan memanfaatkan semua ahli dengan aktiviti yang dilaksanakan oleh Yayasan Al-Jenderami, Dengkil, Selangor.


OBJEKTIF 

  1. Menyediakan tempat ibadah seperti Madrasah dan Musolah.
  2. Beriltizam untuk menjadi Pusat Penyaluran Ilmu Islam berdasarkan Al-Quran dan Hadis.
  3. Menyediakan program berbentuk Zikrullah dan Pusat Tarbiyyah mengikuti jejak Rasulullah S.A.W
  4. Menyediakan kelas pengajian agama seperti kuliah subuh, kuliah maghrib, tazkirah dan pembudayaan Al-Quran.

AKTIVITI LAIN

  1. Menjadikan pusat komuniti dalam Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) seperti Keagaman dan Bahasa Arab.
  2. Pusat kemahiran hidup dan asas teknikal seperti kemahiran binaan bangunan, kemahiran elektrik dan kelas komputer bagi belia lelaki dan perempuan.
  3. Menyediakan homestay dan penempatan bagi kemudahan pengunjung Islam.

HARAPAN & IMPIAN

Berdasarkan tuntutan dan tanggungjawab muslim ketika ini, maka Pertubuhan Al Kuliah Imam Haji Jaafar Pontian Johor adalah milik semua kariah Islam di daerah Pontian, Johor.

Pihak kami menyeru kerjasama umat Islam tampil memberi kerjasama dengan memberi sumbangan yang ikhlas bagi merealisasikan sebuah kompleks komuniti yang pelbagai cadangan yang positif dan berfaedahnya kepada umat Islam ntuk menyokong dengan bantuan sumber kewangan.


Mudah-mudahan Islam dapat tertegak dengan amalan yang baik dan program yang bakal dilaksanakan dengan keizinan serta bantuan mana-mana pihak seperti pertubuhan, badan sukarela, pertubuhan belia, pihak komuniti serta agensi kerajaan dan swasta.


Semoga usaha murni ini mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah dan keperihatinan anda dan bantuan yang dihulurkan akan diambil kira dalam amalan kita, Insya-Allah.


Bantuan serta idea semua kariah dalam perjuangan ini kami ucapkan Jazakumullahu Khairan Kathira.